Friday, April 3, 2009

Kenangan Lalu....

Alhamdullilah.....kita sewajarnya kena selalu mengucap syukur pada Allah s.w.t atas segala kurniaan yang telah diberikanNya pada kita. Tapi hairannya kita ni cepat lupa , cepat mengeluh, cepat nak marah, cepat nak merajuk(kalau kita ni isteri...) walaupun hakikatnya banyak sangat kegembiraan, keselesaan yang kita dapat. Saya melihat ke belakang...imbas balik zaman kecil dulu masa dimanjai oleh arwah abah. Kehidupan dulu, masa kecik, susahnya abah menyara kami 6 beradik. Abah selalu cuba buat yang terbaik untuk anak-anaknya. Walaupun kami masih beruntung dapat hidup dengan selesa tapi saya faham kesusahan abah dalam membesarkan kami. Ibu bapa sanggup berkorban apa saja untuk anak tapi anak tak semestinya lagi dapat buat benda yang sama. Saya sendiri sampai sekarang masih terkilan kerana tak dapat balas jasa abah . Arwah abah meninggal hanya selepas 2 bulan abah kena stroke, memang tak sangka dia akan tinggalkan kami. Kalaulah saya tahu....... sudah tentu saya akan berada siang dan malam di samping abah. Abah...ampunkan anakmu ini atas ketidakmampuan itu..
SALAM PERKENALAN

DI RUANGAN INI BANYAK SANGAT SAYA BOLEH KONGSI MENGENAI APA SAJA YANG TERLINTAS DI HATI